Selasa, 20 April 2010

Aku ni memang suka dengan cabaran. Cabaran yang menarik minat aku sekarang adalah Hunt-Mistery Drive. Bukan calang-calang orang, boleh buat cabaran ni...Kalau ilmu tak penuh di dada jangan haraplah boleh jawab semua soalan... Ilmu aku pun bukanlah penuh di dada pun. Kalau boleh diukur...rasanya baru setakat di lutut aje kot. Hunt yang aku pergi pun setakat Kelab syarikat tempat aku berkerja yang buat...pernahlah juga menang.

Oleh kerana minat alang-alang Mat Jenin ni....aku pun buatlah Mini Walk Hunt untuk wanita-wanita tempat kerja aku.